Bengkel Excel Dashboard
KHAS UNTUK SALES • HR • OPERATION • FINANCE • BUSINESS OWNER

Masih Terseksa Mengadap Excel Sampai Malam Buta, Mata Pedih, Tapi Bila Hantar Report... Selepas 5 minit, Bos Suruh Buat Balik?

Ketahui cara menukar ribuan rows data 'bisu' menjadi 1-Skrin Executive Dashboard Interaktif bertaraf korporat dalam masa 1 hari — tanpa susah-susah hafal formula panjang-panjang, siap AI bantu lagi untuk hasilkan cadangan strategi company/bisnes secara automatik!

TEMPAH TIKET SUPER EARLY BIRD SEKARANG
Pendaftaran awal terhad untuk 20 orang pertama

Cuba jujur dengan diri sendiri... Pernah tak anda lalui situasi menyiksakan ni?

  • Setiap kali tiba hujung minggu atau hujung bulan, perut mula rasa memulas, dada berdebar.
  • Buka fail Excel, penuh lambakan nombor bertimbun-timbun.
  • Berjam-jam adjust saiz sel, warnakan merge cell/header, copy-paste data manual dari 5 tab berbeza.
  • Mata dah merah, kopi dah cawan ketiga, kerja hakiki lain semua tergendala semata-mata nak siapkan "SATU REPORT" .
Bengkel Excel Dashboard

Bila masuk bilik mesyuarat, dengan rasa bangga anda bentangkan helaian jadual hitam-putih itu di hadapan pihak atasan...

Tiba-tiba bos potong pembentangan anda dan tanya soalan cepumas:
"Kenapa sales cawangan ni merudum bulan ni?"
"Berapa turnover staf suku tahun ni sebenarnya?"
"Kat mana kos operasi yang paling banyak bocor?"

Masa itu, tangan mula menggigil. Mata terkebil-kebil mencari jawapan di celah rows nombor. Anda scroll mouse ke atas dan ke bawah laju-laju. Suasana bilik mesyuarat senyap membisu. Muka mula panas menahan malu.

Bengkel Excel Dashboard

Persoalannya: Sampai bila anda sanggup bazirkan 10 hingga 15 jam sebulan hanya untuk buat kerja manual seperti ini?


Biar kami dedahkan satu rahsia besar kepada anda:

Masalahnya bukan sebab anda "lemah Excel". Langsung bukan! Masalah sebenar berpunca daripada 3 perkara ini:

1. Tiada Siapa Ajar Beza 'Collect Data' vs 'Present Data'

Anda sangka tugas anda adalah kumpul data sebanyak mungkin. Hakikatnya, pengurusan perlukan Kefahaman Pantas (Insights) tentang apa yang berlaku dalam 5 saat, bukan arkib atau summary timbunan data dan fail!

2. Terlalu Takut Kerana Obses Nak Hafal Formula Susah dan Panjang

Ramai ingat buat dashboard kena guna nested formula, VLOOKUP, atau INDEX MATCH pening kepala. Salah! Zaman sekarang kita guna pendekatan moden — hanya klik, drag & drop.

3. Laporan Anda "Bisu" & Tiada Cadangan Tindakan

Jadual sekadar tunjuk nombor mati. Ia tidak bercerita, tidak memaparkan corak aliran, dan tidak memberitahu pengurusan apa tindakan segera wajib diambil esok pagi.


Bandingkan Sendiri Perbezaannya:

Situasi Kerja Cara Lama (Manual & Meletihkan) Cara Baharu (Executive Dashboard + AI)
Masa Menyiapkan 2-3 hari 'bergaduh' dengan susunan column dan data dalam sel. Siap dalam 30 minit dengan struktur yang dah siap.
Bentuk Laporan Structure jadual, tak sync dan warna tak standard. 1 Paparan Skrin Interaktif (Kemas & Moden).
Respon Bos / Klien "Pening kepala tengok, ringkaskan lagi!" "Impressive! Jelas sangat nampak mana untung & rugi."
Analisis & Tindakan Sakit kepala fikir rumusan sendiri. Dibantu AI untuk cadangkan pelan tindakan segera.
Bengkel Excel Dashboard

BENGKEL INTENSIF 1 HARI (LIVE ONLINE)

EXCEL DASHBOARD: TRANSFORM DATA INTO MEANINGFUL REPORT

Bengkel Excel Dashboard

Tarikh Pilihan:
22 Oktober 2026 (Khamis)
Masa: 9:00 pagi - 4:30 petang
ATAU
24 Oktober 2026 (Sabtu)
Masa: 9:00 pagi - 4:30 petang

Satu-satunya kelas praktikal secara hands-on berasaskan senario bisnes sebenar di Malaysia. Direka khas untuk anda yang tiada latar belakang teknikal atau IT, bagi menghasilkan dashboard interaktif satu skrin yang bercakap terus dengan pihak atasan! Dataset untuk praktikal semasa bengkel disediakan supaya anda boleh follow langkah demi langkah.


Tidak Kira Apa Peranan Anda, Kelas Ini Tepat Untuk Anda:

Untuk Bahagian Sales: Bina dashboard dengan cepat untuk kenal pasti produk paling untung, jurujual capai KPI atau tidak, dan branch mana jualan jatuh tanpa kira manual.
Untuk Bahagian HR: Tukar rekod kehadiran, cuti dan kadar perletakan jawatan staf kepada tren visual (graf) supaya pihak pengurusan nampak status tenaga kerja dalam sekelip mata.
Untuk Bahagian Operation & Logistik: Kesan penghantaran lewat, stok tersangkut, dan 'bottleneck' operasi sebelum kos syarikat bocor lebih besar.
Untuk Bahagian Finance / Akaun: Tukar jadual debit-kredit yang menyesakkan mata pengurusan. Bentangkan cash flow, perbelanjaan vs bajet secara lebih visual.
Untuk Fresh Graduate & Staf Baharu: Jadikan skill ini 'senjata rahsia' anda di pejabat. Bila staf senior masih hantar report dalam bentuk jadual, anda bentang dashboard moden. Peluang untuk management nampak kebolehan anda!
Untuk SME, Peniaga & Founder Bisnes: Faham situasi bisnes dalam masa 5 minit setiap pagi, tahu apa perlu diberi perhatian dan buat keputusan dengan lebih cepat dan yakin.

Sudahkah anda bersedia untuk berhenti daripada membazir belasan jam buat report manual setiap bulan?

Bengkel Excel Dashboard
LIHAT PILIHAN PAKEJ & TEMPAH TEMPAT SEKARANG

Siapa Trainer Anda?

"Nampak Susah, Tapi Bila Dah Belajar, Mudah Jer Rupanyer..."

Modul ini bukan dibina oleh pengajar teori atas kertas atau sekadar cikgu kelas komputer biasa.

Bengkel Excel Dashboard

Kenali Puan Lily Fauzia Abdul Khalid — seorang corporate trainer yang passionate dengan lebih 20 tahun pengalaman membantu para profesional mengubah Excel daripada sekadar “rows and numbers” kepada meaningful business insights!

Berbekalkan Master of Education (Internet Computing) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Bachelor of Computer Science (Management Information Systems) dari Universiti Malaya (UM), Puan Lily Fauzia menggabungkan pengetahuan teknikal yang kukuh dengan pendekatan pengajaran yang praktikal dan mudah diikuti. Beliau memiliki pensijilan Microsoft Certified Educator (MCE), Microsoft Office Specialist 2016 Master dan Microsoft Office Specialist: Excel Expert (Microsoft 365 Apps).

Sepanjang kerjayanya, Puan Lily Fauzia telah melatih para profesional daripada sektor corporate dan SME dalam bidang Excel, data analysis, reporting dan data-driven decision-making. Pendekatan beliau mudah — jadikan konsep yang kompleks lebih senang difahami, praktikal dan boleh terus diaplikasikan di tempat kerja.

Dalam kursus satu hari ini, Puan Lily Fauzia akan menunjukkan bagaimana anda boleh keluar daripada rutin copy-paste reporting dan mula membina dashboard yang jelas, impactful dan mampu menceritakan kisah di sebalik data — walaupun anda bukan Excel expert!


6 Modul Ringkas Tapi Berimpak Tinggi

Modul 1: Detective Work — Bongkar Apa Yang Nombor Tak Ceritakan

Belajar membaca cerita di sebalik nombor, mengesan kebocoran keuntungan, mengenal pasti rekod bermasalah dan menyusun data dengan betul sebelum analisis dibuat supaya keputusan bisnes dibuat dengan lebih tepat.

Modul 2: Deep-Dive Autopsy — Cari Punca Sebenar Sebelum Boss Tanya

Belajar menggunakan PivotTable untuk mencari punca sebenar masalah, mengesan bottleneck operasi, kos tersembunyi dan memahami bagaimana satu isu boleh menjejaskan prestasi keseluruhan bisnes dengan cepat dan tepat.

Modul 3: Executive Filter — Fokus Apa Yang Management Mahu Tahu

Belajar menapis data, memilih KPI penting, membuang maklumat tidak relevan dan membina amaran awal supaya management cepat nampak prestasi, masalah serta tindakan yang diperlukan dengan jelas.

Modul 4: One-Screen Dashboard — Bercerita Dalam 3 Saat

Belajar membina dashboard interaktif satu skrin menggunakan KPI Cards, visual yang tepat dan Slicer supaya situasi bisnes dapat difahami dengan pantas, jelas dan mudah oleh management.

Modul 5: Five-Slide Pitch — Tukar Insight Kepada Tindakan

Belajar menukar data insight kepada cerita dalam lima slide yang menunjukkan situasi sebenar, cadangan tindakan dan proposal/permohonan yang meyakinkan supaya management lebih mudah membuat keputusan dengan yakin.

Modul 6: Defending Your Numbers — Bersedia Hadapi Soalan Boss

Belajar mempertahankan proposal/permohonan dengan bukti data, menjawab soalan boss dengan yakin dan menyampaikan ringkasan eksekutif yang jelas supaya cadangan anda lebih mudah difahami dan diterima management.

Bengkel Excel Dashboard

Bonus Eksklusif Pendaftaran Hari Ini:

Bonus #1: Dataset Starter Kit [Scaffolding] (Bernilai RM 150)

Dataset latihan yang siap, bersih dan tersusun supaya beginner boleh terus ikut langkah demi langkah tanpa pening menyediakan data dari awal. Lebih tenang memulakan modul seterusnya.

Bonus #2: Smart Dashboard 'Cheat Sheet' (Bernilai RM 80)

Rujukan ringkas susun atur, pemilihan jenis carta yang betul (Bar vs Line vs Pie), serta pintasan formula penting.

Bonus #3: 50 Himpunan Skrip Prompt AI Pejabat (Bernilai RM 120)

Tinggal copy paste prompt ke dalam AI bersama data anda untuk hasilkan analisa profesional tanpa perlu pening mengarang rumusan dan ulasan sendiri.

Dapatkan ACCESS KELAS LIVE beserta semua 3 bonus PERCUMA bernilai RM350 hari ini sebelum slot kuota tamat.

DAFTAR BENGKEL & CLAIM 3 BONUS ANDA DI SINI

PELABURAN KEMAJUAN KERJAYA ANDA
Bengkel Excel Dashboard

Jaminan 100% Kepuasan & Nilai Ilmu

Kami yakin modul ini praktikal. Jika dalam 1 jam pertama sesi berlangsung anda rasa ia tidak memberi apa-apa manfaat kepada kerja pejabat anda, maklumkan kepada pihak penganjur dan kami kembalikan 100% wang pendaftaran anda serta-merta tanpa soal. Risiko berada di bahu kami sepenuhnya!

SERTAI KELAS DENGAN JAMINAN 100% PULANGAN WANG

PERINGATAN TARIKH & KUOTA KERUSI TERHAD

Harga promosi Super Early Bird hanya dibuka sehingga 15 Oktober (Tepat 11:59 Malam) ATAU apabila kuota 20 kerusi terawal penuh. Selepas itu, sistem pendaftaran akan automatik kembali ke Harga Standard serta-merta.

Bengkel Excel Dashboard

Soalan Lazim (FAQ)

S: Saya betul-betul pengguna biasa dan bukan pengguna advance Excel, bolehkah saya faham dan ikut kelas ini?
J: Boleh sangat! Kursus ini langsung tidak memerlukan anda susah-susah menghafal formula atau menulis kod VBA/Makro. Cukup sekadar anda tahu buka komputer, menaip angka, dan klik, drag & drop mouse.
S: Kelas ini menggunakan perisian Excel versi mana?
J: Mana-mana versi Excel daripada Microsoft Office 2016, 2019, 2021 mahupun Microsoft 365 boleh digunakan tanpa masalah.
S: Mengapa kelas ini tidak menyentuh bab pembersihan data (Data Cleaning)?
J: Kerana fokus utama 100% adalah membina dashboard visual dan membaca cerita bisnes dalam masa 1 hari. Kami telah siapkan data yang bersih supaya masa berharga anda digunakan sepenuhnya untuk menguasai seni dashboard tanpa gangguan.
S: Bagaimana jika hari tersebut saya ada hal kecemasan dan tak dapat hadir live penuh?
J: Kami sarankan anda ambil Executive VIP Pass. Anda akan menerima akses rakaman penuh video selama seumur hidup untuk ditonton semula mengikut kelapangan masa anda.

Bayangkan Hari Isnin Minggu Hadapan...

Ketika staf lain masih menghantar jadual berterabur yang membuatkan bos mengeluh, anda masuk ke bilik mesyuarat membentangkan satu skrin laporan interaktif moden yang bercakap terus dengan data, siap dengan ulasan dan strategi untuk defence cadangan anda.

Bengkel Excel Dashboard

Pelaburan kecil hari ini adalah lonjakan besar bagi reputasi profesional dan keyakinan kerjaya dan bisnes anda.

TEMPAH TIKET SUPER EARLY BIRD ANDA SEKARANG

P.S. 1: Ingat, tawaran harga Super Early Bird ini akan tamat selewat-lewatnya pada 15 Oktober atau sebaik sahaja kuota 20 kerusi dipenuhi. Tiada rayuan selepas harga dinaikkan ke kadar standard.

P.S. 2: Anda dilindungi sepenuhnya dengan Jaminan Pulangan Wang 100% dalam tempoh 1 jam pertama. Anda tidak menanggung sebarang risiko untuk hadir dan belajar skil bernilai tinggi ini.

P.S. 3: Mengapa perlu terus bersengkang mata berjam-jam setiap hujung bulan untuk kerja manual yang meletihkan, jika anda boleh selesaikannya dengan mudah dan pantas?

DAFTAR SEKARANG SEBELUM HARGA NAIK

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Executive VIP - Super Early Bird
Buddy Pass - Super Early Bird
Single Seat - Super Early Bird
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN